tahniah pada cikgu kerana forum ni....

View previous topic View next topic Go down

tahniah pada cikgu kerana forum ni....

Post  mrhonda on Tue 25 Nov 2008, 9:43 am

Assalamualaikum,

Tahniah pada owner / moderator krn wujudkan forum ni. Moga ia akan jadi salah satu medan terbaik guru daerah maran berinteraksi. Hopefully in year 2009, ramai cikgu mula tahu ttg forum ni Very Happy.

mrhonda
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 6
Registration date : 25/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Terima kasih.

Post  Admin on Wed 26 Nov 2008, 11:58 am

mrhonda wrote:Assalamualaikum,

Tahniah pada owner / moderator krn wujudkan forum ni. Moga ia akan jadi salah satu medan terbaik guru daerah maran berinteraksi. Hopefully in year 2009, ramai cikgu mula tahu ttg forum ni Very Happy.

SALAM
Terima kasih. Saya juga berharap begitu. Sampai-sampaikan mengenai forum ni kepada rakan-rakan kita.
TQ

Admin
Admin
Admin

Number of posts : 17
Registration date : 22/11/2008

View user profile http://gurumaran.forumotion.com

Back to top Go down

Re: tahniah pada cikgu kerana forum ni....

Post  matkarai on Wed 26 Nov 2008, 6:32 pm

mrhonda wrote:Assalamualaikum,

Tahniah pada owner / moderator krn wujudkan forum ni. Moga ia akan jadi salah satu medan terbaik guru daerah maran berinteraksi. Hopefully in year 2009, ramai cikgu mula tahu ttg forum ni Very Happy.

Salam,
Saya jugak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Admin kerana berjaya menghasilkan satu forum untuk guru-guru Daerah Maran, semoga ruangan forum ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kita dan berjaya membawa Maran ke arah kecemerlangan, nak tau jugak Admin ni cikgu dari mana ye......

matkarai
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 11
Registration date : 23/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Tahniah, " sharing is caring "

Post  pkgjengka on Tue 20 Jan 2009, 1:30 pm

.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bagi pihak Pusat Kegiatan Guru daerah Maran, saya ingin ucapkan tahniah kepada admin yang berusaha untuk mengelola forum seperti ini. Sesungguhnya usaha murni ini patut diteruskan dan dikembangkan lagi.

Tidak timbul isu PKG tidak mengetahui maklumat forum ini walaupun promosi forum ini tidak sampai ke PKG daerah Maran. Secara peribadi, saya menemui forum ini melalui capaian lain. Setelah diselidiki, rupanya admin mewar-warkan berkaitan forum ini kepada semua sekolah, namun mungkin terlepas pandang kami di PKG. Tak mengapalah, bagi saya, yang lebih penting, info, maklumat dan berita dapat dikongsi bersama. "Sharing is caring."



Pandangan saya...

Forum ini boleh disifatkan kurang formal. Namun, apabila kita berbicara tentang pendidikan, ada beberapa isu atau topik yang boleh disifatkan formal. Segala pendapat secara peribadi boleh menjadi satu pendapat organisasi. Sebagai contoh, jika ada pegawai PKG yang meluahkan pendapat peribadi di forum ini, ada pihak yang akan melihat pendapat tersebut sebagai pandangan rasmi PKG. Perkara seumpama itu perlu dielakkan demi kebaikan organisasi dan individu tersebut.

Oleh itu, saya merasakan perlu ada perbezaan di pihak admin dan pihak forumer supaya semua pandangan yang lahir di forum ini adalah bersifat peribadi atau bersifat rasmi. Ini akan memudahkan pihak luar yang bukan dalam bidang pendidikan jika mendapat maklumat dari forum ini, mengetahui itu adalah rasmi atau tidak rasmi.

Itu hanyalah pandangan peribadi saya...


Sekali lagi tahniah kepada admin atas usaha ini. Namun, sehingga kini, kami masih tertanya-tanya siapakah admin forum ini. Jangan malu, jangan segan, kerana satu hari nanti, identiti admin akan terserlah jua. Very Happy

Apapun, buat admin, teruskan perjuangan...

Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Jengka
d/a SK LKTP Jengka 6
09 4764595


.

pkgjengka
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 3
Registration date : 20/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Terima Kasih PKG Jengka

Post  Admin on Tue 20 Jan 2009, 4:39 pm

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana terlepas pandang pada PKG.
Ini kerana saya mendapatkan alamat e-mel sekolah dari e-mel PPD yang dihantar ke sekolah.
Sekali lagi saya minta maaf.
Terima kasih juga atas pandangan dari PKG Jengka.
Semoga forum ini akan merapatkan hubungan antara guru khasnya Daerah Maran ini.
Terima kasih.

Admin
Admin
Admin

Number of posts : 17
Registration date : 22/11/2008

View user profile http://gurumaran.forumotion.com

Back to top Go down

Re: tahniah pada cikgu kerana forum ni....

Post  Sponsored content Today at 2:45 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum