Kursus Membina Laman Web

View previous topic View next topic Go down

Kursus Membina Laman Web

Post  matkarai on Sun 23 Nov 2008, 4:17 pm

Cadangan kepada PPD Maran agar boleh mengadakan kursus membina laman web untuk sekolah-sekolah Daerah Maran, JU boleh ambil dari guru-guru Maran, Daerah Maran ramai sangat yang ada kepakarannya

matkarai
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 11
Registration date : 23/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Saya sangat bersetuju

Post  youjay on Sun 23 Nov 2008, 11:36 pm

Salam,

Sebenarnya dalam daerah maran ni memang ramai pakar-pakar IT. Tapi mungkin mereka menyorok. PPD patut cari mereka ini dan gunakan mereka sebagai JU bagi melatih guru-guru bagi setiap sekolah di Maran ini membina laman web.

Mungkin pada masa akan datang setiap sekolah di daerah maran ada laman web dan blog masing-masing. Ianya akan dipautkan ke laman web PPD

Cadangan saudara sangat baik dan saya bersetuju.

youjay
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 21
Registration date : 23/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Kursus Membina Laman Web

Post  matkarai on Mon 24 Nov 2008, 3:46 pm

kalau kita lihat PPD Bera yang baru wujud tu pun dah ada laman web sendiri, banyak kelebihan zaman sekarang ni,semua maklumat boleh di akses hujung jari je

matkarai
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 11
Registration date : 23/11/2008

View user profile

Back to top Go down

re: kursus bina laman web

Post  mrhonda on Tue 25 Nov 2008, 10:12 am

salam,
Saya setuju sangat, dan berminat nak ikuti kursus tu.

mrhonda
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 6
Registration date : 25/11/2008

View user profile

Back to top Go down

meh leh berkumpul guru-guru terer it

Post  ss_kris2 on Thu 04 Dec 2008, 9:24 am

salam...
memang betul daerah maran ramai terdapat guru-guru yang ada kepakaran it...
oleh itu marilah kita bangunkan bidang it dalam daerah maran nie...
bt web,portal dan sebagainya...

ss_kris2
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 2
Registration date : 04/12/2008

View user profile

Back to top Go down

best gak 2

Post  jebonjengka on Tue 20 Jan 2009, 12:05 pm

saya sokong sangat2 kalu kursus laman web nie diperkenalkan... satu kemajuan kpd guru ict dan sekolah mendapat manfaatnye... adakan 4x setahun Very Happy

jebonjengka
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 1
Registration date : 20/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Setuju, perlukan komitmen semua..

Post  pkgjengka on Tue 20 Jan 2009, 12:11 pm

.



Bagi pihak PKG Daerah Maran, kami amat bersetuju supaya di adakan kursus membina laman web ini. Malah, laman web pkg daerah maran sendiri kini agak lama tidak diupdate.

http://btpnpahang.moe.edu.my/aksesmaran

Selain kursus membina laman web, perlu ditekan aspek penyelengaraan laman web kerana kebanyakan laman web yang dibina akan tersadai, tidak di update kerana admin nya terah bertukar sekolah atau tempat bertugas.

Kami di PKG Daerah Maran menyedari ramai guru-guru yang mahir dalam ICT, mempunyai laman web sendiri, mempunyai blog sendiri, mempunyai friendster/myspace/facebook sendiri dan ada juga guru yang menjadi freelance dalam bidang ICT. Malah, ada juga guru yang telah membuka Cyber Cafe dan pusat membaiki komputer sendiri secara sah (stabil, mempunyai lesen perniagaan)

Oleh yang demikian, besarlah harapan kami supaya pakar-pakar IT atau JU ICT yang ada di daerah Maran ini tampil ke hadapan untuk bersama meningkatkan pengetahuan ICT guru-guru daerah Maran. Setakat ini, kesukaran untuk mencari guru yang besedia mencurahkan ilmu menjadi masalah utama kepada kursus seperti ini.

Jika tuan / puan mempunyai maklumat guru-guru yang boleh & bersedia berkongsi pengetahuan dan seterusnya menjadi fasilitator kepada kursus seumpama ini, senaraikan nama guru tersebut dan sekolahnya, di forum ini atau hantar mesej ke emel di pkgjengka@yahoo.com .

PKG daerah Maran boleh cuba membantu menyediakan ruang untuk guru berkursus. Jika kami telah kami memperolehi maklumat fasilitator yang sedia berkhidmat, kami boleh cuba menyusun kursus seumpama ini. Kami sentiasa cuba membantu meningkatkan latihan dan tahap kompetensi guru-guru di kelompok kami.

Semoga usaha murni sebegini akan berterusan.

Salam hormat

bagi pihak PKG Jengka, d/a SK LKTP Jengka 6


.

pkgjengka
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 3
Registration date : 20/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Kursus Membina Laman Web

Post  matkarai on Tue 20 Jan 2009, 10:51 pm

Satu pandangan yang baik dari pkgjengka, tapi bagi kawan le, semuanya kena bermula dari pihak atasan maksudnya PPD yang berkuasa memanggil guru-guru dan juga peruntukan, jika ada usaha tapi tiada peruntukan tak boleh jugak



Mana pegi Cikgu-cikgi Maran ni yaaa.....dalam ramai-ramai takat ni baru dapat 11 ahli yang berdaftar je Smile

matkarai
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 11
Registration date : 23/11/2008

View user profile

Back to top Go down

kumpulkan maklumat guru it

Post  ss_kris2 on Sat 24 Jan 2009, 12:45 pm

salam..
kalau boleh saya memohon pihak ppd dapat menghantar surat kepada pihak sekolah agar semua sekolah dalam daerah maran yang mempunyai guru yang terer it nie dapat diberi peluang menjadi fasilitator. kalau nak mengaharapkan penghantaran nama melalui email persendirian mgkn x dpt dikumpulkan . ini kerana x semua guru dalam daerah maran nie tahu kewujudan forum ini walaupun ia telah di war-warkan kepada setiap sekolah melalui email. di harap setiap pkg zon dapat mencari mereka yang pakar dalam bidang ini. harap dapat diambil perhatian oleh pihak pkg daerah...

ss_kris2
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 2
Registration date : 04/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Kursus Membina Laman Web

Post  pkgjengka on Wed 28 Jan 2009, 9:21 am

.


Salam hormat buat semua forumer,

ss_kris2 menulis,
" saya memohon pihak ppd dapat menghantar surat kepada pihak sekolah agar semua sekolah dalam daerah maran yang mempunyai guru yang terer it nie dapat diberi peluang menjadi fasilitator "
" di harap setiap pkg zon dapat mencari mereka yang pakar dalam bidang ini. harap dapat diambil perhatian oleh pihak pkg daerah... "

Biarlah saya cuba menjawab isu yang dibangkitkan. Namun, ini hanya pandangan peribadi saya, bukannya pandangan organisasi saya.

Sebenarnya jika merujuk kepada posting saya sebelum ini, telah saya mohon kerjasama semua pihak yang mempunyai maklumat guru yang mahir dalam pembinaan laman web, supaya tampil ke hadapan. Saya cuma minta pihak yang ada maklumat memberikannya kepada kami, bukannya guru itu sendiri yang menghantar maklumat dirinya.

Sebelum ini pun ada usaha untuk mengumpulkan guru-guru yang mahir ICT. Malah di PKG sendiri, kami sedang membina pasukan taskforce dalam pelbagai bidang termasuk ICT. Setakat ini satu pertemuan telah dibuat di PKG Chenor pada Oktober 2008. Pelaksanaan dan tugasan untuk pasukan taskforce ini masih belum dijalankan kerana beberapa kekangan dan faktor-faktor lain.

Senario yang lebih merumitkan keadaan adalah untuk mencari guru yang betul-betul ikhlas dalam menyampaikan ilmu yang mereka ada. Memang diakui, guru-guru yang mahir membina laman web ini boleh mencari makan yang lebih mewah berbanding memberi latihan kepada bengkel anjuran PPD atau PKG. Ini kerana PPD atau PKG tidak mampu membayar setanding dengan "inside income" mereka. Itulah masalah utama yang berlaku.

Oleh yang demikian, kepada semua pihak, terutamanya ss_kris2, berikanlah kami maklumat guru yang bersedia berkongsi ilmu bersama guru-guru lain. Kami akan cuba menghubungi individu tersebut dan jika positif, tidak mustahil bengkel pembinaan laman web akan menjadi realiti.

http://ppdmaranpahang.tripod.com/

* ini semua adalah pandangan peribadi pkgjengka bagi tujuan forum gurumaran. ia tidak merujuk kepada pandangan mana-mana organisasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang penggunaan maklumat melalui forum ini untuk tujuan rasmi.


Salam hormat
pkgjengka
28012009


.

pkgjengka
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 3
Registration date : 20/01/2009

View user profile

Back to top Go down

kursus laman web

Post  mrhonda on Sat 21 Feb 2009, 1:57 am

Salam,
Ada beberapa kategori guru-guru yg mahir IT khasnya yang berkebolehan dalam pembinaan laman web.
pertama - Graduan IT yang kini telah menjadi guru terlatih di sekolah2 daerah Maran.
kedua - Guru2 yang telah dihantar mengikuti kursus berkaitan, sama ada di maktab, PKG mahupun di sekolah2 ( kursus j/pendek)
ketiga - Guru berkebolehan IT yang celik sendiri..melalui usaha mencari ilmu melalui buku2 dan bahan interaktif.


rasanya bagi kategori pertama dan kedua..pihak PPD sendiri boleh mengenalpasti..melalui rekod perkhidmatan masing2 seperti emis dan penempatan.

kursus ini jika berjaya dijalankan saya yakin akan mendapat sambutan menggalakkan. Namun begitu usaha murni ini harus bermula di PPD sendiri dengan mempunyai pasukan Web site PPD Maran ...bukan mengharap personel dikendali oleh En Abdul Zahar..(kita tahu kesibukannya). diikuti oleh pembinaan laman web setiap sekolah.

Andai penggerak adalah PPD sendiri yg mahu kewujudan laman web PPD dan sekolah..usaha ini akan berhasil. Barulah signifikan penganjuran kursus laman web. Supaya guru2 yang hadir kursus akan menjadi pasukan di sekolah masing2. Saya percaya guru2 kategori ketiga adalah kumpulan guru awal yang menyahutnya.

PKG sendiri boleh kot sebagai perintisnyaLaughing

mrhonda
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 6
Registration date : 25/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Kursus Membina Laman Web

Post  mr_pixie on Tue 28 Jul 2009, 6:32 pm

salam,

Saya tertarik dgn perbincangan di sini, Pixie Studio ada menawarkan perkhidmatan consultancy iaitu kami ada membuat
bengkel 3D/Multimedia. Baru2 ini kami ada wat kursus pendek 3Dimensi di UUM, Sintok. Untuk melihat gbr2 / portfolio
boleh ke http://axiim.blogspot.com

(^,^) Saya mmg minat mengajar dan boleh ke serata negeri utk menyebarkan ilmu multimedia/animasi. Sekiranya berminat
tuan2 boleh emelkan pada saya mr_pixie@pixiestudio.com.my atau terus hubungi saya 019 668 6643.

Pixie Studio
http://www.pixiestudio.com.my

mr_pixie
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 1
Registration date : 28/07/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Kursus Membina Laman Web

Post  Sponsored content Today at 2:47 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum