FORUM GURU-GURU DAERAH MARAN,PAHANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KWSP tukar ke pencen

Go down

KWSP tukar ke pencen Empty KWSP tukar ke pencen

Post  youjay Tue 16 Dec 2008, 8:03 pm

Kakitangan Awam Opsyen KWSP Boleh Tukar Ke Skim Pencen - Januari 2009

Antara keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Putrajaya, hari ini :

  1. Kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberi opsyen bagi menyertai skim pencen tahun depan. Tempoh membuat pilihan tersebut: dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari, 2009.
  2. Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.


3. Bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan.

4. Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009.

5. Memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.



Surat Pekeliling berkaitan pilihan menukar opsyen KWSP - Pencen dijangka dikeluarkan oleh JPA sebelum akhir Disember, 2008.



(Sedutan dari Bernama)

youjay
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 21
Registration date : 23/11/2008

Back to top Go down

KWSP tukar ke pencen Empty Buat pengeluaran KWSP

Post  youjay Tue 16 Dec 2008, 8:22 pm

Bagi guru-guru terlibat yang bercadang hendak membuat pengeluaran bolehlah klik link di bawah.
Tapi bukan sekarang boleh keluar. Opsyen akan ditawarkan pada bulan Januari.
Download borang jer dulu.

Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL).

Lampiran A

Lampiran B

Borang Permohonan Pendaftaran Ahli Dan Pindaan Maklumat (KWSP3)

Dokumen-dokumen lain

1.

(a) Kad Pengenalan Awam/Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)


ATAU

(b) Kad Pengenalan Polis dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama.



2.

Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (jenis persendirian)

ATAU

Penyata Akaun Semasa yang asal (jenis persendirian)

ATAU Jenis Akaun Bersama Individu (‘joint account’) bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000.00.
• Akaun bank mestilah yang masih aktif;




DAN
• Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang
dilantik



sumber : KWSP




youjay
Ahli Baru
Ahli Baru

Number of posts : 21
Registration date : 23/11/2008

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum